Isnin, 18 Oktober 2010

10 larangan Allah...~~

10 'JanGan' dAriPadA AllaH S.w.T
1.   Janganlah engkau mengadakan tuhan yang lain selain Allah, nanti engkau menjadi tercela dan terhina
2.   Janganlah kamu mengatakan ah dan janganlah engkau membentak kedua-duanya dan ucapkanlah perkataan yang baik.
3.  Jangan menghamburkan hartamu secara boros.
4.  Janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan jangan pula engkau terlalu menghulur(sangat pemurah) nanti kamu menjadi tercela dan menyesal.
5.   Janganlah engkau membunuhanak-anakmu kerana takut miskin.
6.   Janganlah kamu mendekati zina, zina itu satu jalan yang keji dan buruk.
7.  Janganlah membunuh jiwa yang diharamkan bunuh(orang islam) melainkan dengan asbab yang benar.
8.  Janganlah kamu mendekati harta anak yatim kecuali dengan cara yang baik ( menjaga)
9.   Janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabkan.
10. Dan janganlah engkau berjalan di atas bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menembusi bumi dan menjulang setinggi gunung.
p/s: Diambil dari surah Al-Isra ayat (22,23,26,29,31,32,33,34,36,37)

uLasAn PenGaraNg BarU

alhamdulillah, syukur kerana terhasil gak blog nih.. okey, sempena permulaan ni, nak tnye sket.. senang x nk cari cinta hakiki? susah?? senang?? ntahlah..ad yang akan jawab, "oh, susahnya.." ade gak yang akan jawab, "insyaAllah mudah jika berusaha.." agak2 jwpn kte yang mane satu ye?? hmm.. harap2 kte sume dapat merasakan nikmat cinta yang hakiki iaitu cinta dari yang maha esa. insyaallah..
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space