Rabu, 10 November 2010

Ceritera al-Fatihah...


Imam Bukhari meriwayatkan satu hadis dari Said Bin Mu'allaq seperti berikut. "Dari Said Bin Mu'allaq radhiallaahu `anhu katanya; suatu hari aku sedang solat dan Rasulullah S.A.W menyeruku. Setelah selesai solat, aku bertemu nabi dan memaklumkan kepada baginda aku tidak menyahut seruannya kerana solat. Kemudian nabi bersabda, "Tidakkah kamu tahu bahawa apabila Allah dan rasul menyerumu, kamu wajib menjawabnya? Aku mahu ajarkan suatu surah sebelum engkau keluar dari masjid ini." Kemudian aku bertanya semula, "Tidakkah engkau mahu ajarkan suatu surah sebelum aku keluar?" Nabi menjawab, "Ia tujuh ayat yang diulang-ulang (al-sab'ul mathaani) dan ia al-Quran yang agung."


Al-Fatihah diberi dengan nama yang pelbagai antaranya ar-Ruqyah, as-solah, al-Hamd, as-Syifaa, Ummu al-Kitaab, Ummu al-Quran, as-sab'ul mathaani, dan al-Quran al-`Aziim. Al-Fatihah dinamakan ayat yang diulang-ulang kerana dibacakan sekurang-kurangnya 17 kali dalam solat fardhu. Dalam satu hadis Qudsi, dinyatakan bahawa al-Fatihah dibahagikan antara Allah dan hambanya. Empat ayat pertama adalah bahagian Allah. Manakala tiga ayat terakhir pula bahagian hamba-hamba- NYA. Al-Fatihah dinamakan al-Quran al-`Aziim kerana di dalamnya terdapat intipati al-Quran iaitu konsep ibadah, hari Kiamat dan sejarah umat terdahulu.


Suatu hari sekumpulan sahabat melalui sebuah perkampungan Badwi. Namun begitu mereka tidak dimuliakan sebagai tetamu. Ditakdirkan ketua kampung tersebut dipatuk ular. Maka mereka bertanya, "Siapakah di kalangan kamu boleh berjampi?" Seorang sahabat menjawab, "Aku." Lalu sahabat tersebut mensyaratkan agar diberi hadiah. Penduduk kampung bersetuju memberikan sekumpulan kambing jika sakit itu sembuh. Lalu sahabat tersebut membaca al-Fatihah dan meniup pada air. AKhirnya sembuhlah ketua kampung tersebut dan mereka diberi kambing. Pun begitu, mereka (sahabat) tidak berani memakan kambing tersebut dan merujuk kepada nabi. Nabi mengatakan bahawa mereka boleh mengambil hadiah tersebut. Dalam perubatan nabi (ath-Thibb Nabawi), menjampi air dengan surah al-Fatihah adalah dibolehkan. Namun, mencapur aduk bacaan al-Fatihah dengan seruan kepada jin dan makhluk lain seperti yang dibuat oleh bomoh-bomoh adalah suatu hal yang salah sama sekali.

************
Nota kuliah Subuh, 27 Mac 2010. Masjid al-Hidayah, Sentul, Ust. Wan Nasir.
ps: sumber ni saya dpt daripada remaja masjid.. selamat berkongsi.
mudah-mudahan kita sama-sama dapat faedah daripadanya..
Insya-Allah, amiiinn

10 pintu masuk syaitan kuasai hati manusia

10 pintu masuk syaitan kuasai hati manusia

J  Sifat sombong dan angkuh
J  Bakhil dan kedekut
J  Takbur dan bongkak 
J  Sifat khianat  
J  Tidak suka menerima ilmu dan nasihat
J  Hasad dengki
J  Meremehkan orang lain
J  Sifat ujub atau bangga diri 
J  Suka berangan-angan
J  Buruk sangka

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah bukan orang yang bersenang-senang saja." (Hadis riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

Isnin, 18 Oktober 2010

10 larangan Allah...~~

10 'JanGan' dAriPadA AllaH S.w.T
1.   Janganlah engkau mengadakan tuhan yang lain selain Allah, nanti engkau menjadi tercela dan terhina
2.   Janganlah kamu mengatakan ah dan janganlah engkau membentak kedua-duanya dan ucapkanlah perkataan yang baik.
3.  Jangan menghamburkan hartamu secara boros.
4.  Janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan jangan pula engkau terlalu menghulur(sangat pemurah) nanti kamu menjadi tercela dan menyesal.
5.   Janganlah engkau membunuhanak-anakmu kerana takut miskin.
6.   Janganlah kamu mendekati zina, zina itu satu jalan yang keji dan buruk.
7.  Janganlah membunuh jiwa yang diharamkan bunuh(orang islam) melainkan dengan asbab yang benar.
8.  Janganlah kamu mendekati harta anak yatim kecuali dengan cara yang baik ( menjaga)
9.   Janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabkan.
10. Dan janganlah engkau berjalan di atas bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menembusi bumi dan menjulang setinggi gunung.
p/s: Diambil dari surah Al-Isra ayat (22,23,26,29,31,32,33,34,36,37)

uLasAn PenGaraNg BarU

alhamdulillah, syukur kerana terhasil gak blog nih.. okey, sempena permulaan ni, nak tnye sket.. senang x nk cari cinta hakiki? susah?? senang?? ntahlah..ad yang akan jawab, "oh, susahnya.." ade gak yang akan jawab, "insyaAllah mudah jika berusaha.." agak2 jwpn kte yang mane satu ye?? hmm.. harap2 kte sume dapat merasakan nikmat cinta yang hakiki iaitu cinta dari yang maha esa. insyaallah..
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space